Setelah menghadapi masalah yang ditimbulkan oleh pekerja tentang kesan samping daripada penggunaan baja cecair yang digunakan itu, say pun berehat untuk beberapa hari dan berfikir apa lagi yang perlu saya lakukan selepas ini.
Saya pun berusaha searching di google khusus tentang baja jenis cecair atau dikenali sebagai foliar, waktu itu saya ingin mencari pengeluar atau pengedar baja yang ada terdapat wakil penjual atau sekurang-kurangnya stokis di negeri Sabah.
Jumpa Baja Organik DI Grow
Alhamdulillah dalam pencarian hampir seminggu di google, saya temui sebuah syarikat tempatan yang berpengkalan di Pulau Pinang pengeluar baja jenis foliar (cecair) 100% organik iaitu DI GROW.
Sama juga seperti kebiasaan yang pernah saya lakukan terdahulu sebelum ini membuat penyelidikan tentang kandungan, harga dan yang paling utama penghantaran ke Sandakan.
Dalam pemerhatian dengan amat teliti sekali, saya berpendapat DI GROW ada kelebihan berbanding yang lain-lain, baja ini mengandungi kemampuan dari segi NPK yang agak tinggi dan sesuai untuk tanaman sawit.
Yang paling menarik perhatian saya adalah syarikat pengeluar mempunyai wakil penjual di negeri Sabah, memudahkan saya dari segi penjimatan kos penghantaran.
Kemudian saya catit alamat wakil jualannya di negeri Sabah yang tercatat dalam laman web syarikat.
Berangkat Ke Ibu Negeri
Saya menyampaikan berita gembira ini kepada isteri dan berbincang untuk berangkat ke ibu negeri Sabah mencari lokasi wakil jualan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai DI GROW.
Dipendekkan cerita, apabila kami tiba di ibu negeri selepas sarapan sekitar jam 9:00 pagi, kami pun pergi mencari lokasi wakil juan DI GROW.
Alhamdulillah selepas beberapa jam kami temui kedai wakil jualan terletak di Taman Cempaka.
Kami pun berjumpa dengan penyambut tetamu dan kerani bertanyakan hajat saya, memang kebetulan mereka masih menyimpan banyak stok Baja DI GROW Hijau & Merah.
Saya bertanya berkenaan harga baja DI GROW…..
“Kami jual RM145.00 seunit (4 liter), ada dua jenis iaitu yang Merah (penggalak bunga dan buah) dan Hijau.(penubur), kalau di Semenanjung RM140.00 seunit (4 liter).” Jelas mereka.
Kemudian saya tanya bagaimana pula penghantaran ke Sandakan.
“Kami menggunakan dua kaedah, iaitu menggunakan courier services RM10.00 untuk satu kotak (4 liter X 4) di hantar ke alamat rumah dan bas RM5.00 untuk satu kotak (4 liter X 4) ambil di Terminal Bas.” Sambung mereka.
Saya bersama isteri pun duduk ditempat khas dan mebuat kiraan, sangat murah dari segi nilai harga dan sangat mudah dari segi penghantaran, saya amat gembira sekali dan masalah saya telah selesai oleh DI GROW.
Selepas ini saya akan cerita berkenaan kandungan dan kemampuan Baja Organik Foliar DI GROW, jumpa lagi di lain artikel……
Oleh: Alawih D. Yusop