Saya adalah usahawan pertanian khusus dalam bidang penanaman kelapa sawit sejak tahun 2007 di Sandakan, Sabah. Pada masa itu semua sumber yang berhubungkait dengan proses penanaman sawit agak lancar serta pada harga yang memuaskan.
Kemelesetan Ekonoi Dunia
Kemudian menjelang tahun 2009, apabila ekonomi dunia merudum sehingga ada beberapa buah negara terjejas dan negara kita terkena tempias kemelesetan ekonomi, di mana sebahagian daripada keperluan untuk projek pertanian telah mengalami peningkatan harga mendadak.
Salah satunya adalah kenaikkan harga baja sebatian mendadak melambung tinggi hingga mencecah RM120 se kampit (50 kg). Inilah senario yang saya hadapi pada masa itu, lalu ramai petani-petani berusaha mencari sumber baja organik dari tinja binatang ternakan. Saya pun turut untuk melakukan perkara yang sama, namun waktu itu penternak binatang tidak ramai sementara sumber tinja daripada binatang amat terhad, siapa cepat dia dapat.
Apatah lagi keadaan saya yang tinggal di kawasan bandar agak sukar untuk saya bersaing mendapatkan baja organik dari tinja binatang. Sungguhpun begitu, saya tidak berputus harapan untuk mencari jalan bagaimana menyelesai masalah yang saya hadapi iaitu membaja tanaman sawit yang telah pun berjalan hampir tiga tahun.
Suatu hari terlintas di benak fikiran saya, suatu ketika saya pernah mendengar dan menyaksikan baja jenis cecair. Kemudian saya berjalan hampir setiap hari di bandar Sandakan dan tumpang bertanya kepada rakan-rakan. Usaha saya tidak menjadi, kerana ramai kawan-kawan memberitahu saya di Sandakan belum ada pihak yang menggunakan atau pun menjual baja jenis cecair.
Pencarian Melalui Internet
Kemudian pada tahun 2010, saya mula belajar dan berjinak-jinak dengan penggunaan internet, lalu setiap hari saya searching pada google berkenaan baja jenis cecair. Memang kalau di internet terlalu banyak sumber berhubung penggunaan baja jenis cecair, namun kebanyakkannya adalah dari sumber luar negara, ada juga yang berada di Semenanjung.
Apabila saya menyenaraikan penjual-penjual baja cecair di Semenanjung, harga agak berbaloi tetapi yang menjadi masalah adalah penghantaran ke Sandakan agak tinggi, kos penghantaran baja cecair itu lebih tinggi dari pada harga baja itu sendiri.
Kemudian pada tahun 2010, saya mula belajar dan berjinak-jinak dengan penggunaan internet, lalu setiap hari saya searching pada google berkenaan baja jenis cecair. Memang kalau di internet terlalu banyak sumber berhubung penggunaan baja jenis cecair, namun kebanyakkannya adalah dari sumber luar negara, ada juga yang berada di Semenanjung.
Apabila saya menyenaraikan penjual-penjual baja cecair di Semenanjung, harga agak berbaloi tetapi yang menjadi masalah adalah penghantaran ke Sandakan agak tinggi, kos penghantaran baja cecair itu lebih tinggi dari pada harga baja itu sendiri.
Temui Pengedar dari Semenanjung
Hampir semua negeri seluruh Malaysia saya jelajah secara online hanya untuk mencari pengedar dan penjual baja cecair yang sesuai dengan tanaman sawit. Selepas itu adalah seorang penjual baja online saya jumpa, pengedar baja organik cecair dari negeri Johor. Saya ketahui daripada laman webnya, setelah saya baca maklumat dengan teliti dan membuat sedikit kajian dan pengiraan terutama kandungan pada baja berkenaan termasuklah harga yang perlu saya bayar.
Setelah kami berhubung melalui telefon, dia bagi saya harga baja berkenaan RM165 untuk 4 liter. Bila saya tanya bagaimana kos penghantaran, katanya tunggu dulu, sebab dia akan periksa sumber penghantaran yang termurah. Beberapa jam kemudian dia hantar sms dengan maklumat kiraan seperti berikut:
Harga baja cecair – RM165 dicampur dengan kos penghantaran untuk bahan cecair 4 liter – RM160 jadi jumlah yang perlu saya bayar ialah RM325
Ok lah, saya mengambil keputusan untuk mencuba baja itu dan bersetuju membuat pembayaran untuk satu kotak berharga RM1,300 (4 liter X 4 unit).
Apabila baja berkenaan sampai dua hari selepas pembayaran, kerana dia menggunakan perkhidmatan penghantaran (over night delivery), saya bawa ke kebun dan mengarahkan pekerja untuk menggunakan baja berkenaan sesuai dengan peraturan penggunaan yang disyorkan.
Selepas selang dua bulan, saya lihat memang ada sedikit perubahan, kemudian saya tempah lagi baja jenis yang serupa. Kali ini melalui adik saya yang ada di Semenanjung, konon bolehlah saya dapat mengurangkan bayaran kos penghantaran.
Usaha Mengurangkan Kos Penghantaran
Bila ada maklumat dari adik saya, sah saya dapat kurangkan kos penghantaran, cuma adik saya akan melakukan kerja pembungkusan dan kerja penghantaran melalui rakannya yang kerja di bahgian perkhidmatan penghantaran. Saya bagi adik saya RM200 setiap kali beliau melakukan kerja pembelian dan penghantaran.
Selama setahun lamanya saya menggunakan baja berkenaan, cuma sedikit sahaja peningkatan dari segi pengeluaran buah sawit, tetapi yang menjadi masalah ialah tukang tumbak komplen dengan mengatakan bahawa pelepah sawit saya terlalu keras bila mereka menumbak sehingga lengan mereka rasa sakit akibat kesan dari baja yang saya gunakan itu.
Mendengar laporan itu, saya agak kecewa dan mengambil keputusan untuk berhenti daripada menggunakan baja cecair berkenaan. Lanjutkan bacaan anda pada bahagian yang ke dua…..
Mendengar laporan itu, saya agak kecewa dan mengambil keputusan untuk berhenti daripada menggunakan baja cecair berkenaan. Lanjutkan bacaan anda pada bahagian yang ke dua…..
Oleh: Alawih D. Yusop