menu melayang

Wednesday, March 10, 2021

Melawat Lokasi Tanah En. Elcospini di Tanjung Labian, Lahad Datu


Saya bersama En. Jamran Manahing (tengah) mengiringi En. Elcospini Gustahan (kiri) adakan lawatan kerja melakukan peninjauan lokasi tanah mereka yang terletak di Tanjung Labian, Lahad Datu.




Beliau mengajak kami untuk lakukan pengenalpastian apakah tanah mereka itu sesuai untuk di bangunkan dengan projek penanaman Kelapa Sawit dan Rumah Burung Walit,

Lokasinya agak cantik rata, berhampiran pantai dan sesuai dengan projek tanaman Kelapa Sawit kerana tanah itu berhampiran Kawasan FELDA Lahad Datu. Melihat kepada persekitaran kawasan lokaliti ini berhawa sejuk dan agak sesuai juga dibangunkan projek pembinaan Rumah Burung Walit.

Kami menyelusuri jalan jalan kampung, memang sudah terdapat beberapa buah Rumah Burung Walit di kawasan berhampiran. Selain itu masyarat kampung di sini mengusahkan tanaman Kelapa Sawit dan ada juga yang bekerja sebagai nelayan.

Kami meneruskan perjalanan ke Semporna bertemu adiknya membincangkan pelaksanaan tanah ini supaya dapat direalisasikan dengan projek tanaman Kelapa Sawit dan Rumah Burung Walit. Mereka akan adakan mesyuarat keluarga dalam masa terdekat supaya projek berkenaan dapat di mulakan lebih awal.


Ini adalah gambar lokasi tanah En. Elcospini Gustahan


Kami melawat pacik En. Elcospini Gustaha di Kg. Tanjung Labian


Kami berada di pantai Kg. Tanjung Labian di belakang kami Laut Sulu

Oleh:  Alawih D. Yusop

Blog Post

Related Post

Back to Top

Carian Artikel

Jumlah Pelawat

Hubungi Kami

Name

Email *

Message *