Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) menggesa kerajaan supaya mempertimbangkan kenaikan kos pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) apabila menetapkan ambang harga semakan ke atas levi keuntungan luar biasa.
Beliau berkata SST Sabah dan Sarawak adalah berdasarkan harga MSM mengikut jumlah jualan.
Tek berkata MPOA memuji kerajaan atas usaha menangani isu levi keuntungan luar biasa.
"Kami berharap dapat bersama-sama dengan pihak kerajaan dalam proses semakan akan datang," katanya.
Beliau berkata MPOA mengharapkan kerjasama mampan dan inklusif dengan pihak kerajaan untuk memastikan daya saing dan kemampanan industri minyak sawit jangka masa panjang di Malaysia.
Pada Isnin, Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata kerajaan akan menambah baik mekanisme kutipan levi dan bersedia menyemak paras nilai ambang keuntungan luar biasa dengan mengambil kira kos pengeluaran minyak sawit.
Semasa penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Kewangan 2023 di Dewan Rakyat semalam, beliau berkata Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998 digubal untuk mengenakan levi ke atas barangan yang boleh ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.
Levi keuntungan luar biasa telah dikutip oleh kerajaan daripada MSM dan minyak isirung sawit mentah, buah sawit dan elektrik sejak Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998 berkuat kuasa pada 1 Jan, 1999, katanya.

Sumber: Bernama