Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berkata, bagi melaksanakannya, pihaknya menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan China Chamber of Commerce of Import and Export of Foodstuffs, Native Produce and Animal By-products (CFNA) di Beijing, China.
"MoU antara MPOB dan CFNA itu katanya adalah bagi tempoh lima tahun membabitkan Kerjasama Penstabilan Rantaian Bekalan Minyak Sawit antara kedua-dua negara.
"China adalah rakan dagang utama Malaysia bagi minyak sawit dan produk berasaskan sawit selepas India.
"Nilai eksport minyak sawit dan produk berasaskan sawit ke China pada 2022 adalah sebanyak 3.14 juta tan atau RM14.86 bilion," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Melalui MoU itu, MPOB berkata, China berhasrat untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi menjamin bekalan minyak sawit ke negara itu.
Ia, katanya akan membantu meningkatkan keyakinan China terhadap minyak sawit Malaysia selain menjamin kedudukan minyak sawit negara, sekali gus mendapatkan semula bahagian pasaran di China.
"Selain itu, MoU itu akan memudahkan penyertaan China dalam penerokaan teknologi mekanisasi sawit di Malaysia yang akan membantu meningkatkan produktiviti serta mengurangkan pergantungan kepada tenaga buruh dalam perladangan," katanya.
Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan) MPOB, Dr Zainab Idris memeterai MoU berkenaan bersama Presiden CFNA, Cao Derong.
Antara kandungan utama MoU antara MPOB dan CFNA adalah menukar dan menyebar maklumat pasaran mengenai minyak sawit; menggalakkan penstabilan rantaian bekalan minyak sawit di Malaysia dan China
Sumber: Mymetro/bisnes