Seorang petani terkejut apabila ladang nanas yang diusahakannya sejak tiga tahun lalu mengeluarkan sebiji buah kembar lapan.
Mohd Fahrul Razi Ahmad, 34 tahun, tidak menyangka sama sekali, ladang seluas 0.5 hektar yang diusahakan bersama bapa mertuanya di Kampung Sungai Baru, dekat sini, kini menjadi perhatian ramai.
Mana tidaknya, daripada 2,000 pokok yang ditanamnya, sebiji nanas dari baka MD2 didapati bercantum dan berbentuk seperti kipas.
Mana tidaknya, daripada 2,000 pokok yang ditanamnya, sebiji nanas dari baka MD2 didapati bercantum dan berbentuk seperti kipas.
Buah nanas itu mempunyai berat 7.3 kilogram, berbanding nanas lain yang hanya sekitar 2.5 kilogram.
Bagi bapa mertuanya, Shamsul Anwar Ahmad, 68 tahun, nanas itu terpaksa diambil lebih awal kerana bimbang akan dicuri.
Katanya, sebelum ini, pokok yang ditanam pernah mengeluarkan buah kembar empat namun tidak lama selepas itu ia hilang dicuri.
Katanya, selepas diperiksa, ada beberapa pokok nanas lain turut mengeluarkan nanas kembar namun masih di peringkat putik.
Menurut dua beranak ini, mereka tidak bercadang untuk menjual nanas istimewa tersebut kerana menganggapnya satu rahmat yang membuktikan kebesaran Allah.
Sumber: Astro Awani