menu melayang

Thursday, March 18, 2021

Menanam Padi Dalam Tong Cat Terpakai


Sukar untuk mendapatkan emping segar, seorang pesara polis mengambil keputusan menanam padi di dalam tong-tong cat terpakai.




Mohd. Zaki Lasim, 72, berkata, untuk tujuan itu, dia mula membeli benih padi seberat 200 gram sejak empat bulan lalu menerusi laman web belian dalam talian.

Jelasnya, benih-benih tersebut disemainya di dalam tujuh tong cat bersaiz besar dan empat lagi tong cat bersaiz kecil.

“Alhamdulillah kini kesemua padi yang saya tanam dalam tong cat hidup subur dan se­tinggi kira-kira satu meter.

“Ada juga padi yang sudah pun boleh dituai dan dibuat emping,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Taman Ternakan Lebah Kelulut, Bukit Chengkih, Legung Ulu, dekat sini semalam.

Mohd. Zaki berkata, dia gembira apabila individu yang berkunjung ke kediamannya untuk melihat ternakan kelulut turut teruja melihat padi yang ditanamnya itu.

“Kalau dulu banyak kampung yang usahakan padi tapi di­sebabkan masalah sistem saliran dan perlu belanja yang sangat besar, banyak kawasan tanah padi bertukar menjadi projek pertanian lain.

“Usaha menanam padi di dalam bekas seperti ini boleh diambil perhatian oleh agensi pertanian berkaitan sebagai langkah jangka masa panjang bekalan beras buat negara." katanya.

Menurut beliau, tanaman padinya itu mampu menghasilkan dua kilogram beras untuk kegunaan keluarganya sendiri.

“Kalau di negara jiran, sudah banyak padi ditanam di dalam pelbagai bekas terpakai. Apa yang penting, hanya perlu pastikan tanaman ini di bahagian bawahnya ditenggelami air bagi memastikan padi dapat tumbuh lebih subur,” katanya.

Sumber:  Utusan Online


Blog Post

Related Post

Back to Top

Carian Artikel

Jumlah Pelawat

Hubungi Kami

Name

Email *

Message *