Kerajaan bakal mewujudkan skim insurans baharu membabitkan semua bidang agromakanan bagi memastikan semua pihak yang terbabit dalam industri berkenaan dilindungi pada masa hadapan.
Beliau berkata, skim yang bertujuan melindungi industri pertanian itu sudah lama dilaksana di negara seperti China, Korea Selatan, Filipina dan Vietnam bagi memastikan tahap keselamatan makanan adalah terjamin.
"Kita mendapati Malaysia antara negeri belum mempunyai skim insurans agromakanan dan bergerak ke hadapan, kerajaan mendapati industri ini perlu ada perlindungan secara menyeluruh.
Terdahulu, beliau menghadiri Program Penyerahan Bantuan Banjir Tabung Bencana Tanaman Padi Bulan September dan Oktober 2020 di Perkarangan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) H-II, Jitra.
Sementara itu, Kiandee mengumumkan sejumlah RM2.19 juta Bantuan Tabung Bencana Tanaman Padi diberikan kepada 1,009 pesawah yang terjejas ketika kejadian banjir yang memusnahkan 1,278 hektar sawah pada September dan Oktober tahun lalu.
"Bantuan ini diberi berdasarkan usia pokok padi di mana, pesawah yang memiliki pokok berusia bawah 70 hari menerima bayaran RM876 per hektar, manakala pokok 71 hari ke atas menerima RM1,800 per hektar.
"Pada masa sama, di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), kerajaan memperuntuk RM80 juta kepada Tabung Bantuan Bencana Agromakanan bagi membantu pesawah, petani dan penternak yang kehilangan hasil akibat bencana," katanya.
Sumber: Berita Harian